Profil Organisasi

foto_Pejabat

Jabatan Kerja Raya [JKR] Hilir Perak adalah sebuah jabatan teknikal yang terbesar dan tertua di Daerah Hilir Perak . ditubuhkan dibandar Baru Teluk Mak Intan pada tahun 1876. Kerja – kerja awam pertama dibawah nama PWD [ JKR ] bermula sekitar tahun 1884 pada tahun 1886 Mr Ward telah menjadi Jurutera Daerah yang pertama, sehingga kini JKR Hilir Perak menjadi sebuah agensi pelaksana projek-projek pembangunan prasarana dan kemudahan awam untuk Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk pembangunan kepada rakyat Daerah Hilir Perak khasnya, jabatan ini dipimpin oleh En. Ahmad Roslan Bin Bidin sebagai Jurutera Daerah dan dibantu oleh Penolong Jurutera Daerah ( Jalan ) , Penolong Jurutera Daerah ( Bangunan ) dan Penolong Jurutera Daerah ( Senggaraan Persekutuan ). JKR Hilir Perak kini mempunyai 180 Pegawai dan Kakitangan dari Kumpulan Pengurusan Professional dan Sokongan.

Selain dari Pengurusan Projek Pembangunan, JKR Hilir Perak juga memberikan perkhidmatan menyenggara kemudahan awam seperti jalanraya, bangunan-bangunan kerajaan dan jambatan. JKR Hilir Perak juga memberikan khidmat nasihat teknikal kepada jabatan-jabatan serta agensi kerajaan lain yang memerlukannya dari semasa ke semasa.