Perutusan Jurutera Daerah

 

 

 Assalamua'laikum & Salam Satu Malaysia.

Selamat datang ke Laman Web Rasmi JKR Daerah Hilir Perak.

JKR Daerah Hilir Perak adalah merupakan antara pejabat yang paling penting di Jabatan Kerja Raya Perak dimana pejabat ini menjadi agensi pelaksana untuk projek-projek negeri dan persekutuan bagi seluruh daerah Hilir Perak.

Sejajar dengan hasrat untuk menjadi sebuah pejabat JKR daerah yang terunggul di JKR Perak Darul Ridzuan, kami komited untuk melaksanakan perkhidmatan secara proaktif, kreatif dan inovatif dalam bidang perundingan, pelaksanaan projek, senggaraan jalan dan bangunan dan khidmat nasihat untuk mencapai tahap kualiti bagi keselamatan, keselesaan dan kepuasan pelanggan dengan memberi penekanan kepada jangka masa secepat mungkin, kos yang ekonomikal dan rupabentuk dan mutu yang terbaik.

Dengan melayari laman web ini, adalah diharapkan pelanggan JKR Hilir Perak akan dapat memperolehi maklumat dan aktiviti yang dijalankan oleh pejabat ini khasnya dan JKR Perak amnya.

Selamat melayari laman web JKR Hilir Perak, Perak Darul Ridzuan.

Sekian. Terima kasih.

HAJI ABDUL RANI BIN HARUN
Jurutera Daerah
Jabatan Kerja Raya Hilir Perak

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.